Asas
Perbarisan
Setiap pengakap boleh melakukan
pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak. Mereka seharusnya dapat
memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka
perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini,
terdapat beberapa pergerakan dalam asas perbarisan.
Masuk
Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh
ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan ahli pengakap
bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa
latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris,
ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’.
Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit
dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua
paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka
dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.
Senang
Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap
semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan
tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari
rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat
ke tubuh.
Rehatkan
Diri
Kedudukannya sama seperti ’senang
diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras pinggang dan pastikan
siku tidak bersentuh dengan tubuh.
Ke
Kanan Lurus dan Pandang Hadapan
Penanda barisan, iaitu pengakap yang
berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu melakukan pergerakan.
Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan hadapan,
kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan
hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke
tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke
kanan, dan dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh
bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki
sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di
barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya
kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan
hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah
menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila
mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak
palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.
Ke Kanan
Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan
’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing, pengakap dikehendaki
pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki
kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan
dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.
Ke
Kiri Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan
sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan
kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di
sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan
menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.
Ke
Belakang Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan
sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing, pengakap dikehendaki
pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam.
Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam
kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan
hujung kaki kiri.
Buka
Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh
Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan belakang sahaja.
Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap
berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang
bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki
kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Tutup
Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh
Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap yang berada di barisan
tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan
’sedia’. Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan
bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua
langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan
akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Langkah
Ke Sebelah
Hukuman langkah ke sebelah boleh
diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah kanan dan langkah ke
sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan
kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan
hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar
hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan
kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan
hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia.
Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya
barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat pergerakkan. Bentuk paras
bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan.
Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:-
Paras
ahli tinggi di tengah;
Paras
ahli rendah ditengah;
Paras
ahli tinggi di kiri; dan
Paras
ahli rendah di kiri.
Keluar
Baris
Arahan ini diberikan bertujuan untuk
memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman
diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan
dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
Bersurai
Arahan ini diberikan apabila semua
aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman diberikan, Pengakap
hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke
hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
HUKUMAN KAWAD
1. Baris, baris sedia…
2. Baris, senang diri….
3. Rehatkan diri…..
4. Scout….
1. Luruskan barisan,
2. Scout,
3. Buka barisan, Gerak…,
1. Ke kanan lurus,
2.Pandang depan….,
1. Bergerak ke kanan, kanan sing..,
2. Menghadap kehadapan, kiri Sing…,
1. Bergerak ke kiri, kiri Sing…,
2. Menghadap kehadapan, kanan Sing…,
1. Menghadap kebelakang, belakang sing…,
2. Menghadap ke hadapan, belakang sing…,
1. Dua langkah ke kiri, Gerak…,
1. Tutup barisan, Gerak…,
2. Keluar……….Baris.
No comments:
Post a Comment